Thursday 25 June 2015

Di bulan yang mulia ini.. Ramadhan..

Alhamdulillah..hari nie sudah menjangkau hari ke 9 berpuasa. Tahun ke 3 puasa bersama suami tercinta. Tahun ini aku lebih semangat untuk memasak di rumah. Seronok suami sentiasa ada peluang berbuka bersama dan sama-sama naiki motor untuk pergi ke masjid bertarawih. Walaupun kadang kala aku terasa kalau ada anak kan bagus. Allahuakbar bila terigat kata-kata begitu cepat-cepat aku mengucap..Astagfirullah..Cepat-cepat aku marahkan diri ini, kerana aku merasakan aku tidak bersyukur dengan nikmat Allah berikan sekarang.

Terima kasih Ya Allah kerana engkau kurniakan seorang suami yang cukup tenang bila aku bersamanya. Ya Allah jagalah ia untukku supaya aku sentiasa rasa nikmat bahagia itu. Jadikanlah aku seorang yang sentiasa bersyukur dan redha dengan segala hadiah serta ujian daripadaMu Ya Allah. Igatkan aku bila aku lupa mengigatiMu Ya Allah.

Just nak sharing..Alhamdulilah aku dan suami berkesempatan untuk berubat secara ilmuan islam dengan seorang ustaz ketika bulan ramadhan ke 4 (21/6/2015). Banyak ilmu yg aku dapat semasa berubat. Insyaallah, akan aku kongsikan semuanya satu hari nanti di blog ini.

Aku bermohon kepadaMu Ya Allah dibulan yang mulia ini kurniakanlah kami semua zuriat yang soleh dan solehah. Amin. 

No comments:

Post a Comment