Monday 30 June 2014

Usaha HAMIL 4- Urutan Nek Mah



Alhamdulilah pada 29/6/2014, saya sempat pergi urut badan dengan Nek Mah AU3, KL. Mesti pelik kan pergi diawal Ramadan. Sebenarnya waktu nie MissP (CD4) lagi. Jadi  telifon Nek Mah tanya samaada mengurut waktu puasa n sewaktu MissP . Dia bagitahu tidak kisah. Rasanya macam rezeki lak kena diawal Ramadan kali ini. Sebenarnya dah lama hendak pergi. Cuma tiada masa dan husben lak sibuk selalu.

Emmm, dekat 2 jam juga Nek Mah urut. Dari jam 9.00pg pai 12.00 tghari. Lamakan. Nek Mah best sangat dia mengurut. Tidak la sakit sangat. Ok la bagi yang mula bagi yang nk mula mencuba. Habis satu badan dia urutkan. Dari kepala sampai hujung kaki. Rasa macam hendak tiap-tiap bulan pergi mengurut. Hehehe..Nek Mah bagitahu saya punya rahim cantik cuma tinggi sedikit. Urat-urat darah saya bagus. Insyaallah, saya tiada apa-apa masalah. Cuma tiada rezeki lagi. Bab kata Nek Mah, Allah bagi rezeki lain dulu pada kamu tue. Banyak-banyak berdoa. 

Bayaran lak, ikut keiklasan hati. Nek Mah tidak letakkan harga. Nek Mah siap bagi anak pokok Mahkota Dewa dekat saya. Masa urut-urut tue, kami borak-borak. Sampai buka cerita tanaman pokok.hehehe. Tu dia bagi anak pokok suruh tanam di rumah. 

Inilah satu usaha saya untuk hamil, insyaallah doakan yang terbaik. Semoga Allah merestui usaha ini. Amin.

Wednesday 25 June 2014

Usaha HAMIL 3- D21-Progesterone

Alhamdulilah..pada 23/6/2014 saya telah pergi menjalani ujiandarah CD21-Progesterone.
Keputusan ujian darah akan diketahui 3 hari berikutnya. Maknanya pada 26/6/2014.

Sebenarnya saya buat ujian darah tersebut bukan pada CD21. tetapi CD23.

Apa itu Progesterone?
Progesterone adalah horman penting bagi kesuburan wanita sama ada untuk mememulakan kehamilan atau mengekalkan kehamilan. Ia dikelurkan oleh corpus luteum, berfungsi bagi menyediakan lapisan endometrium dalam rahim bagi "menanam" telur ovum yang telah disenyawakan. Setelah "ditanam" pengeluran horman ini diambik alih olej placenta (uri) dalam rahim bagi meneruskan perkembangan embryo. Jika pengeluran horman ini dihentikan, lapisan endometrium akan tanggal dan menjadi darah haid. 
Ringkasan: Ujian darah untuk mengesan paras hormon boleh juga digunakan untuk menentukan wanita itu keluar benih atau tidak.

Bila perlu lakukan Ujian Darah Progesterone?
Sukatan paras hormon progesterone dilakukan pada hari ke-21 hingga 25 dalam pusingan haid.



Kajang Plaza Medical Centre Sdn. Bhd. (KPMC)
Kos 2: (17-Jun-2014)
          Lab Charge (D21-Progesteron)         = RM 35.00  
          Total Bill                                        = RM 35.00

Wednesday 18 June 2014

Usaha HAMIL 2- Semen Analysis (HSA)

Semen Analysis (HSA).
 Suami perlu memberikan sampel air mani untuk diperiksa di bawah microscope. Bilangan, kadar pergerakan dan normality sperma akan diperiksa. Seelok-eloknya, semen analysis perlu dibuat SEBELUM isteri menjalani pemeriksaan saluran peranakannya

Baru-baru ini my husben menghantar air maninya untuk di analysi ke KPMC..
tetapi sebelum itu telah telifon bahagian makmal untuk memberitahu penghantaran tersebut.
 
Keputusan ujian akan diberitahu pada second appoiment dengan Dr. Anita. 

Minggu depan adalah ujian darah (progesteron) buat diriku iaitu selepas 21 hari missP 



Kajang Plaza Medical Centre Sdn. Bhd. (KPMC)
Kos 2: (17-Jun-2014)
          Lab Charge (Semen Analysis, HSA)  = RM 45.00  
          Total Bill                                        = RM 45.00


Monday 9 June 2014

Info: Kedudukan Rahim Ke Belakang

Aku mencari di internat "APAKAH ITU KEDUDUKAN RAHIM KE BELAKANG"

Kedudukan rahim ke belakang atau 'tilted uterus' atau 'retroverted uterus' didapati berlaku kepada 20-30 peratus wanita yang mana sebahagian besar daripadanya tidak tahu yang dia mempunyai kedudukan rahim yang sebegitu kecuali dia telah menjalani pemeriksaan 'pelvik' dan doktor yang memberitahunya.

Kebiasaannya kedudukan rahim ke depan. Ketika tumbesaran rahim berlaku rahim yang ke belakang sepatutnya bergerak ke depan tetapi sebaliknya kekal dengan posisi ke belakang. Jadi untuk sebilangan besar wanita kedudukan rahim ke belakang ialah perkara semula jadi dan tidak perlu dipulihkan.

Ada juga wanita yang mempunyai kedudukan rahim ke belakang selepas bersalin. Ada juga wanita yang kedudukan rahim ke belakang akibat penyakit endometriosis atau lekatan tisu (adhesions) yang menambat rahim ke belakang! atau akibat ketumbuhan fibroid.

Wanita yang mempunyai kedudukan rahim ke belakang akan dapati air mani suaminya tidak kekal dalam faraj walaupun mereka membuka peha dan melegakan pembukaan faraj, air mani masih keluar. Ini kerana bahagian dalam faraj tertindih oleh rahim yang berkedudukan ke belakang. Ini mungkin sebab wanita itu gagal mencapai kehamilan!

Keadaan ini boleh diubah dengan memposisikan badannya secara menyujud rahim akan beralih ke depan dan sekiranya hubungan kelamin dilakukan dengan memasukkan zakar dari belakang, air mani akan kekal dalam faraj. Wanita itu boleh berubahkan posisi dari menyujud kepada mengiring beberapa minit kemudian.

Posisi rahim ke belakang tidak boleh diubah melalui urut kerana otot yang terlibat ada di dalam dan tidak sampai untuk mengalihkannya. Ada sesetengah pakar urut barat menyarankan wanita yang mempunyai kedudukan rahim ke belakang melakukan senaman seakan akan menyujud dan kononnya rahim akan kembali ke depan. Tiada kajian yang dibuat tentang ini. Posisi rahim hanya boleh diubah melalui pembedahan yang mana kaedah ini tidak lagi disyorkan kerana risiko kecederaan dalaman.

Wanita yang mendapati posisi rahimnya ke belakang tidak perlu buat apa apa persediaan atau persiapan mengenai hubungan seksual, iaitu dia boleh lakukan hubungan kelamin bila-bila masa tetapi ketika dia dalam keadaan subur dia perlu melebihkan hubungan seksual melalui posisi belakang.


MAMPUKAH AKU MELALUI SEMUA INI???
"Ya Allah, Jika Aku Sudah Dipilih Untuk Menempuhi Ujian Ini, 
 Berikanlah Aku Kekuatan Untuk Menempuhinya
DAN
 Aku Bermohon Kepadamu Ya Allah,  Sihatkanlah Diriku Dari Sebarang Penyakit" 


Usaha HAMIL 1-Jumpa Pakar

Seperti yang diketahui malam tadi (9/6/14) aku telah berjumpa pakar di KPMC, Kajang. 
Bertemu dengan Dr. Anita Rina Ali sebagai Pakar O&G di sana.

Sekali permerhatian Dr. Anita amatlah sejuk mata memandang. 
Bercakap penuh lembah lembut. Bercerita kepada Dr. terhadap segala permasalah missP ku..
Dr. bagi tahu itu adalah normal, if datang setiap bulan missP and sakit yang tidak teruk ketika haid.
Lega aku mendegarnya..

TETAPI...

Dr. Anita suruhku baring untuk screen perut. Aku baring dalam keadaan berdebar. 
Dr: Kamu punya KEDUDUKAN RAHIM KE BELAKANG.
Aku:"diam seribu bahasa"
Dr: Mari duduk ajak suami..saya bercerita sedikit kemungkinan sakit kamu..
Kamu mungkin menghidapi penyakit "ENDOMETRIOSIS".

Ok minggu depan next appoiment untuk ambik air mani suami (16/6/14)
aku kena ambik darah (23/6/14)

#perjalanan balik dari KPMC..aku sangat gelisah atas apa penerangan doktor..
aku bagaikan tiada nafas untuk berbicara dengan suami.
 Aku memandang suamiku..Mampukah aku memberikan zuriat kepadanya..

"Ya Allah, janganlah DIKAU uji semua ini terhadap diriku..
Aku bukanlah seorang hamba yang kuat untuk tempuhinya.
Ya Allah, DIKAU berikanlah kesihatan yang sempurna terhadap diriku
agar aku beperluang mempunyai zuriat keturunan sebagai pewaris umat Nabi Muhammad SAW" 

 

Kajang Plaza Medical Centre Sdn. Bhd. (KPMC)
Kos 1: (09-Jun-2014)
          Admin                                =  RM 5.00
          Consultation                       =  RM 80.00
          Medical Equipment & Supply = RM 15.00  
          Total Bill                             = RM 100.00








 

Wednesday 4 June 2014

Bertanya Pada Yang PAKAR

Dah lama tidak berblog..nak kata banyak kerja tidak juga..
Dari mana hendak mula...

Oklah..sejak bulan Febuari 2014 missP aku just 2 days..
Aku jadi tidak tenang..sakitkah aku..macam-macam artikal aku google..

tapi alhamdulilah missP kembali normal pada bulan April dan Mei 2014..

Buttttt...
Jun 2014 kembali semula ketidaknormalannye..
(MissP hari pertama agak banyak..1 pad Penuh..kira pagi pai malam la..
darah segar..esoknya hari kedua..dah tompok-tompok darah..tanda missP sudah tamat)
Aku mengambil keputusan untuk jumpa Pakar..
ea la takut da tersumbat sesuatu ke..
kalo ada baby.."alhamdulillah"-segala puji bagi Allah.
kalo benda lain.."nauzu billahi min zalik"-Kami berlindung dengan Allah daripada perkara (perkara buruk) tersebut (daripada menimpa kami)."

Bermula 3/6/2014 tepat jam 12.30pagi waktu ofis minta izin bos keluar rehat awal..
untuk ke Klinik Kesihatan..
Biasalah di KK kena la menunggu berminit-minit..sampai jumpa doktor..
Nombor dipanggil..Jumpa doktor perempuan..alhamdulillah tiada la malu sangatkan nak berceritanya nati..hehehe

Bagitahu doktor mengenai masalah period..doktor tanya sejarah keluarga..suami..
and..pergi ambik darah..alhamdulillah doktor bagi tahu darah normal..
Doktor: But kamu dah kawin 1 tahun.. so saya refer kamu kepada Pakar O&G..Hospital Serdang..
Doktor bagi surat untuk dirujuk ke Hospital Serdang.

3.30 petang kembali ke ofis..fikir esok je ke Hospital Serdang.

4/6/2014 tepat jam 11.30pagi keluar ofis terus ke Hospital Serdang..ke bahagian Klinik Pakar Bahagian Obstetrik&Ginekologi (O&G)..pergi just nak ambik appointment je..
tunggu dalam setengahjam sudah dapat tarikh temujanji.. 
Tariknya : 30 September 2014..emm lama lagi nie..ishhh.. 

Jam 12.45 sampai ofis.. malas-malas..tidur..waktu rehat OK..hihi

Balik discussion dengan husben nak pergi Klinik Swasta..so KPMC, Kajang jadi pilihan.

Appointment KPMC..minggu depan 9/06/2014..jam 8.00malam..

Tunggu cerita di KPMC bersama-sama ea..