Tuesday 30 June 2015

..Aku berterima kasih padaMu Ya ALLAH..

Assalamuaikum dan salam sejahtera semua..

Hari nie sudah masuk hari ke 14 Ramadhan..Semalam hari yang cukup INDAH bagi aku seorang isteri apabila semua keputusan yang tidak disangka-sangka Allah kurniakan di bulan yang cukup Mulia ini. Terima kasih Ya Allah.

Al-kisahnya semalam aku seperti biasa ada appointment dengan Pakar di Hospital untuk melihat keputusan darah D21 Progestrone yang diambil 1minggu lepas. Allahuakbar, sugguh tidak sangka apabila doktor nyatakan hormon progestoren aku NORMAL malah SEMPURNA (68.8 nmol/L) berbanding keputusan sebelum ini hanya lah (23.3 nmol/L). 

Malahan, Pakar sempat suruh aku baring untuk scan melihat samaada PCOS aku masih ada. Pakar bagitahu normal jika hormon progestrone normal, PCOS kemungkinan tidak teruk. Masih aku terbayangkan ketika dulu bagaimana penuhnya PCOS di dalam telur di rahimKU, ALLAHUAKBAR..menitis air mataku tanda kesyukuran kepada ILAHI apabila Pakar bagitahu rahimku tiada PCOS. Duduk terdiam aku dengan suami ketika itu, tidak habis-habis dimulut aku dan suami mengucapkan tanda syukur terhadap ILAHI. 

Pakar sempat menujukan kepadaku ujian darah hormon FSH, LH, Estradiol dan Prolaktin. Kesemua keputusan adalah normal. Alhamdulillah. 

Ketika aku menaip ini hanya 6 hari lagi penentu samaada aku hamil atau......Semoga di bulan mulia ini Doa semua orang terhadapKu dirahmati Allah. Aminnn.

Disebalik cerita diatas hanya satu aku hendak sampaikan disini. Mungkin selama ini aku dan suami lupa tentang perubatan secara islam.
Setahun genap kami berusaha dengan bertukar pendapat dari doktor-doktor Pakar MODEN mengunakan keadahan sains dan teknologi mengenai permasalahan kami suami isteri sehingga kami lupa tentang PERUBATAN ISLAM. Alhamdullilah, dikesempatan bulan mulia diawal bulan Ramadhan aku dan suami sempat berubat secara keadah islam ketika cuti berbuka puasa bersama keluarga di kampung. Ternyata Allah telah tunjukan bertapa hebatnya Rawatan Islam dengan penggunaan Ayat-ayat suci Al-Quran. Terima kasih Ya Allah, kerana telah membuka ruang dan peluang kepada kami berdua bertemu dengan PAKAR ilmuan perubatan islam.

Nanti aku ceritakan bagaimana, kenapa, mengapa tergerak hati kami suami isteri untuk berjumpa USTAZ bertanyakan masalah kami ini. Kesemuanyaitu datangnya daripada PETUNJUK dari ILAHI yang ESA.


Thursday 25 June 2015

Di bulan yang mulia ini.. Ramadhan..

Alhamdulillah..hari nie sudah menjangkau hari ke 9 berpuasa. Tahun ke 3 puasa bersama suami tercinta. Tahun ini aku lebih semangat untuk memasak di rumah. Seronok suami sentiasa ada peluang berbuka bersama dan sama-sama naiki motor untuk pergi ke masjid bertarawih. Walaupun kadang kala aku terasa kalau ada anak kan bagus. Allahuakbar bila terigat kata-kata begitu cepat-cepat aku mengucap..Astagfirullah..Cepat-cepat aku marahkan diri ini, kerana aku merasakan aku tidak bersyukur dengan nikmat Allah berikan sekarang.

Terima kasih Ya Allah kerana engkau kurniakan seorang suami yang cukup tenang bila aku bersamanya. Ya Allah jagalah ia untukku supaya aku sentiasa rasa nikmat bahagia itu. Jadikanlah aku seorang yang sentiasa bersyukur dan redha dengan segala hadiah serta ujian daripadaMu Ya Allah. Igatkan aku bila aku lupa mengigatiMu Ya Allah.

Just nak sharing..Alhamdulilah aku dan suami berkesempatan untuk berubat secara ilmuan islam dengan seorang ustaz ketika bulan ramadhan ke 4 (21/6/2015). Banyak ilmu yg aku dapat semasa berubat. Insyaallah, akan aku kongsikan semuanya satu hari nanti di blog ini.

Aku bermohon kepadaMu Ya Allah dibulan yang mulia ini kurniakanlah kami semua zuriat yang soleh dan solehah. Amin. 

Keputusan HSG Test..

Dah lama sebenarnya keputusan HSG test ini dapat (27/5), cuma tiada kesempatan nak sharing di blog. Alhamdulilah keputusan HSG test berpihak kepadaku. Walapupan terdapat sedikit masalah di tiub follopio belah kiri sempit but Dr. bagitahu is still normal.It mean can be working. Alhamdulilah, aku terima dengan tenang segala ucapan Dr. Walaupun daripada keputusan analisi dibuat dimana  kedudukan rahimku kelihatan senget sedikit dengan ""Retroverted Uterus"dan tiub kiri sempit. Bagi aku, aku masih bersyukur kerana memiliki tiub follopio kanan yang masih sempurna. Terima Kasih Ya Allah.

Disini aku lukiskan gambar xray yang aku lihat ketika Dr. tunjukan kepada ku.. Dimana tiub follopio kiri sempit but still can working walaupun sperma nak berenang agak kena tarik nafas panjang.hehehe.Kerana kedudukan rahim aku sedikit senget so kelihatan tiub kiri keatas manakala tibu kanan ke bawah.
Terima kasih Ya Allah, aku memohon kepadaMU Ya Allah bukakanlah segala ruang yang sempit dalam rahimku, bukakanlah segala pintu-pintu rezekiku. Kurniakanlah diriku zuriat-zuriat yang soleh solehah. Aminnn.