Tuesday 2 December 2014

IMPIAN DI AKHIR 2014

Assalamuaikum wbt..

IMPIAN DI AKHIR 2014???

Wah tajuk macam gempak je kan.Sebenarnya selepas pemeriksaan di Hospital Serdang yang doktor menyatakan keBARANGKALIan aku disyaki PCOS. Dan aku berharap ianya BUKAN, maka aku usaha dan berdoa agar dikurniakan zuriat sebelum 13/1/2015 (Appointment ke 2-Hospital Serdang).

Bulan Oktober, November masih ada rezeki buat kami berdua. Sekarang sudah masuk dibulan Disember, aku bermohon agar pada kali ini rezeki zuriat hadir kepada diriku dan suamiku.

Kata orang jangan terlalu mengharap dan berfikir sangat nanti sukar lekat. Bagaimana aku tidak memikirkan jika setiap bulan missP hadir dengan sempurna. Memang betul rezeki kita Allah dah aturkan. Alhamdulilah aku dikurniakan seorang suami yang sangat memahami tetapi aku juga berkeinginan zuriat seperti yang lain. Kawan rapatku sudah ada isinya seperti juga adikku 2 bulan sudah kandungan mereka berdua. Alhamdulilah mereka berdua rezeki awal dan adikku bunting pelamin.

Semoga impianku di hujung tahun 2014 dimakbulkan oleh Allah swt. Insyaallah. Amin. 

ps: Aku mendoakan untuk semua TTC, semoga tahun hadapan tahun bahagia buat kita semua.