Thursday 29 January 2015

Aku mula belajar erti Redha.. Aku PCOS..

Assalamuaikum semua..

Hari ini sudah masuk hujung bulan diawal tahun 2015. Aku sudah mula belajar erti redha.Ya..aku redha dengan segala ujian Allah berikan..but bukan bererti aku pasrah segalanya. Aku masih lagi berusaha untuk terus memiliki zuriat sendiri..

Pada 13/1/15~
Pihak hospital serdang telah mengeluarkan pengesahan bahawa memang aku ada PCOS. Dimana telur di ovari kanan ada terdapat beberapa PCOS tetapi belah kiri aku sempurna.. Patutlah selama ini aku ada kalanya merasa ngilu di belah kananku.. Aku mendengar segala penerangan daripada Dr. Mohd Rizuan Ali dengan sempurna..

Aku lebih bnyak mendiam diri sahaja kerana aku dh cukup bersedia segala kemungkinan yang berlaku..Aku dah study about PCOS berminggu-minggu before ke Hospital.. Tiba2 Dr. Ridzuan bertanya SOALAN CEPU EMAS: Kamu nak anak ke???...ishhh Dr. nie ada juga aku ketuk kepala karang. Conform2 la aku nak.. YA SAYA NAK DR. 

Aku sempat keluarkan result test aku semasa di KPMC Kajang hari tue..Dr. Ridzuan melihat terus pergi berjumpa dengan seorg lagi Dr. Kanagambigai Permal.. "seorang Dr. berbangsa Indian, I think la..aku suka betol tgok raut muka dia..nampak seorg begitu professional..aku baru sahaja tahu nama die :)"

Dr. Ridzuan memberitahu bahawa suami aku tiada masalah, result sperma dia dari KPMC, Kajang cukup cantik. Cuma skrg AWAK je ada sedikit problem.Emmm.I know that Dr.

Dr. Ridzuan mencadangkan aku datang buat Hysterosalpingogram (HSG) test.. HSG test- Dr. Rizuan bagitahu adalah langkah pertama proses dalam rawatan kesuburan. Ianya untuk mengetahui sama ada tiub kita tsumbat atau x. (Jikalau nak tahu, Dr. silap melukis dengan details lagi bentuk ovari untuk menunjukan tiub fallopia..good job Dr.)

Ok.aku setuju dengan tandatangan surat kebenaran semua.
Sepatutnya HSG test aku berlaku pada 26hb January 2015 hari tue. Tetapi kerana my MissP tidak kering lagi, aku cancelkan..so kena booking next appointment pada masa next cycle akan datang.

~15/1/15
ooo..lupa nak share yang aku sudah buat Progesterone blood test untuk CD21 pada 15th January 2015.

ps: 1. Next proses for HSG test
2. Result nanti bulan 4..emm lamakan..