Thursday 23 October 2014

Keputusan Dari Hospital Serdang

Assalamualaikum!

Tak tahu hendak bermula dari mana. Keputusan dari hospital serdang amatlah mengejutkan.
Aku disyaki ada sindrom Polisistik Ovari atau Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS). 

Bagaimana doktor dapat tahu aku ada PCOS?
-Pertama, doktor bertanyakan sejarah period aku, aku cerita yang aku alami period yang pendek iaitu dalam 3-4hari sahaja. Doktor tanya flow period aku dar 3 bulan sebelumnya. (nasib baik aku dah siap tulis awal-awal dan simpan di dalam handbeg), so, aku bagi je lah. Lupa lak..doktor sempat tanyakan mengenai berat aku yang macam budak sekolah nie. hanya 37.8kg..sampaikan nurse pon tkerjut..so, husben aku cakap la..dia nie kuat makan..tp susah naik..lagipun fmly dia semua badan comel2..hehe..
(doktor tidak tahu time aku study dulu lagi la..35-36kg je..nie dah kawin naik sikit..hehe)

-Kedua, bermula dengan scan di perut, tetapi tidak nampak kerana aku telah membuang air kecil sebelum jumpa doktor. Sebenarnya aku lupa, tidak boleh buang air kecil sewaktu nak scan, so doktor pon scan ikut bawah. Itulah kali pertama aku kena scan ikut bawah. Tidak la sakit mana pun. Mula-mula cemas juga ialah terpengaruh macam-macam orang cakapkan.hehe. Dari situ la, doktor nmpak ada someting di sekitar ovari aku..sebenarnya aku xnmpak pon..coz aku xtahu pon bentuk PCOS tue macam mana.fuff..

-Ketiga, masuk semula bilik doktor dan doktor cakap, lepas nie ambik darah untuk ketahui samaada itu PCOS atau tidak. Ini kerana doktor bagitahu, selalunye pesakit PCOS adalah kategori gemuk, ada bulu di muka, jerawat banyak, darah haid yang panjang. oooo..ok..semua itu tiada pada aku..aku muka licin, comel lak tue, langsung tiada jerawat, apatah lagi gemuk..no no no..

-Keempat, aku ambik darah dan sekali lagi nurse tanya mengenai masalah berat badan aku..ok la..aku target gemukkan badan 40kg sebelum temujanji kedua dengan doktor pada 13.1.2015.

-Kelima, aku keluar dengan tiada perasaan, tah la ini kerana aku dah redha dengan kesemuanya. tetapiiiiiii...cepat-cepat je aku masuk kereta dah cara apakah itu PCOS??????

Doakan mudah-mudahan doktor silap..Amin.