Thursday 14 August 2014

TTC: BBT (Suhu Badan Asas)

Alhamdulilah..setelah ketahui semua keputusan dari KPMC Kajang. Kami berdua Suami & Isteri adalah normal. Doktor menyarankan kami TTC secara normal selama 2 tahun. Dan kami berdua ambil keputusan bersama berusaha untuk tempoh 2 tahun. Semoga ada jalan untuk kami..

Kali ini saya diberi kesempatan untuk mencuba perkara baru iaitu BBT. Semoga usaha ini merupakan satu perluang yang besar untuk saya. Insyaallah.

Petunjuk
*Suhu badan ketika MissP : 36.1-36.3
*Suhu badan saat Ovulasi : 35.8
* Suhu badan setelah Ovulasi: 36.4-36.7
*Jika suhu badan SETELAH OVULASI tetap bertahan diatas (36.4-36.7) selama 18 hari..Ini bermakna anda HAMIL..

*Ambil suhu badan sebaik sahaja bangun dari tidur iaitu sebelum membuat apa-apa aktiviti. 
Letakkan termometer didalam mulut selama 5 minit dan buat cacatan. (Saya buat jam 5.00pagi)

Carta BBT Saya



TARIKH
CD
SUHU
TARIKH
CD
SUHU
TARIKH
CD
SUHU
21/7
1
36.1
30/7
10
35.9
8/8
19
36.7
22/7
2
36.3
31/7
11
36.1
9/8
20
36.7
23/7
3
36.1
1/8
12
36.2
10/8
21

24/7
4
36.2
2/8
13
36.3
11/8
22
36.6
25/7
5
36.2
3/8
14
36.4
12/8
23
36.7
26/7
6
36.2
4/8
15
36.7
13/8
24
36.7
27/7
7
36.1
5/8
16
36.7
14/8
25
36.5
28/7
8
36.1
6/8
17
36.7



29/7
9
35.9
7/8
18
36.7






Pada permulaan sangat cantik suhu badan, terasa bagaikan ada rezeki pada kali ini. Tetapi pada CD25 sudah menunjukan penurunan kepada 36.5 dan akhirnya CD26 suhu badan menurun ke 36.4..bermakna pusingan baru akan bermula..Hari ini tepat jam 6.30pagi pada 15/8..MissP turun dengan jayanya..Allah masih tidak memberi rezeki kepada kami..

Ya Allah, anugerahkanlah kepadaku zuriat yang termasuk dikalangan orang-orang yang soleh. Amin.