Wednesday 22 June 2016

Mom to be: Usaha Sebelum disahkan Hamil

Hari ini sudah masuk 18 Ramadhan 1437..Alhamdulillah today sudah 15weeks. Semoga anak sentiasa sihat sempurna baik-baik sahaja di dalam.

*Alahan yang agak teruk diawal 3 bulan pertama amat seronok untuk dikenang. Hospital rumah kedua. Terima kasih Ya Allah kurniakan nikmat alahan itu. Terasa diri sentiasa disayangi dan dihargai oleh orang-orang sekeliling. Thanks Husben for that moment. 

Antara Usaha Yang dilakukan...."Sebulan je :)"

Dari Segi Permakanan
1. Himalaya Shatavari-Makan dari dpo 1-dpo10 (satu biji sehari)-after period stop lepas dpo10
2. Asid Folic jenama Appeton-1 biji sehari
3. Susu Kambing campuran Kurma Lazz-Minum setiap pagi dan malam
4. Jus Anugerah Zuriat-ambil dari dpo 1-dpo10 (malam minum 1 sudu)-after period stop lepas dpo 10
5. Buah Kiwi-Tiap hari sebiji
6. Epal Merah-Tiap hari sebiji
7. Telur Ayam Kampung- 1biji 2hari sekali. Ambil sarapan pagi.

Dari Segi Mental&Fizikal 
1. Bersedekah-niat setiap kali sedekah Allah kurniakanlah aku zuriat :lebih-lebih lagi hari Jumaat
2. Solat Hajat n Berdoa dikurniakan zuriat
3. Solat Dhuha-sempat buat hari cuti sahaja-minta rezeki Zuriat
4. Berpuasa Isnin Khamis dengan mengharap Allah balas pahala dengan Zuriat
4. Bersukan-Joging n berbasikal..setiap petang..walapun period..Sabtu n Ahad berbasikal pagi n petang. 
5. Sentiasa berfikiran positif.. *Elak diri dari group kerja yang mengumpat, cerita-cerita TV yang sedih..coz nak aura Happy dalam diri.. :)

Alhamdulillah..Allah sebaik-baik Perancang..


KETENTUAN ILAHI-Syukur Alhamdulillah.

#BARU ADA KEKUATAN NAK POST GOOD NEWS :)


29/3/2016

-  10.00 pagi
Temujanji di Hospital Serdang. Selepas 4 bulan berehat tanpa clomid. Doktor bahagian O&G Hospital Serdang beritahu yang kes Aku akan di refer ke bahagian pakar PUPM bahagian Fertility untuk proses IUI.

Tetapi Doktor suruh cuba ambil clomid 50mg dan suntikan Pregnly pada CD10 untuk cycle akan datang. If tidak berjaya baru kes refer ke PUPM.
Keluar dari bilik Doktor menitis air mataku. Sampai tahap ini aku terpaksa laluinya. Melihat wajah Husben yang sentiasa setia menemani setiap temujanjiku. Aku jadi kuat.
“Ya Allah, ini bukanlah jalan aku pinta. Dan memang Aku tidak sanggup untuk teruskan. Tetapi Engkau Maha Mengetahui mana yang terbaik buat diri ini. Tunjukkanlah jalannya Ya Allah”

-  12.00 tengahri
Aku ajak Husben pulang ke rumah. Selepas ambil ubat clomid dan asid folic di kuanter Farmasi. Dihati sudah tiada mood. Perasaan down memang tinggi tetapi aku buat kuat dihadapan Husben. Kepala mula sakit. Nasib baik Husben pandai memujuk. Sempat juga kami makan tengahari bersama.

-2.00 petang
Bangun dari tidur, aku betul-betul sakit kepala. Perut rasa tidak selesa. Petang ini jam 3.00pm aku ada appoiment dengan Pakar Dentist di HUKM untuk buat Penampalan gigi. Entah kenapa tiba-tiba aku terfikir yang aku ada ISI.
Hati aku kuat hendak buat UPT test. Kebetulan UPT memang ada di dalam simpanan.
Aku buat UPT test secara diam-diam. Walaupun tahu sepatutnya diawal pagi dan period kena delay. Tetapi entah kenapa hati Aku kuat sahaja nak buat UPT.
Allahuakbar…menagis kegembiraan Aku bila tengok UPT naik line walaupun kabur. Terus aku memeluk Husben. Husben tengok sama dia sampaikan tidak percaya. Aku juga sebenarnya masih tidak percaya apa yang aku lihat di tanganku.

Gambar UPT pertama jam 2.15 petang (CD22-DPO8).
Line sangat kabur tetapi masih nampak dimata kami berdua. 
Mungkin kerana buat test waktu sudah petang.


30/3/2016
*mood masih tidak percaya
Susulan lepas jam 2.15 ptg semalam buat UPT test. Dipagi Subuh jam 5.00 pagi. Aku buat second UPT test.


Gambar UPT test kedua jam 5.00pagi (CD23-DPO9). 

Sujud Syukur saya pagi ini. Terima kasih Ya Allah. Bertapa Maha MemahaminyaMu Ya Allah, Engkau hadirkan permata hati buat hidup ini ketika diri ini merasa sudah tidak mampu menghadapinya. Kejutan yang Engkau berikan ini cukup membuat diri ini amat bertuah. *sebak time type nie….. :( 

Ada 4 hari lagi untuk ke CD27 iaitu date sepatutnya aku akan period. (3/4/2016). Tetapi Allah sudah positifkan seawal CD22. Allah telah hadiahkan kegembiraan ini supaya Aku sentiasa berasa syukur padaNya.

 1/4/2016

Gambar UPT test ketiga jam 6.00pagi (CD24 DPO10)


-11.00pagi
Tiba-tiba ada darah keluar. Tompokan darah warna pink cair. sebesar duit 10sen cukup membuat aku tidak senang duduk. Apakah ini?? Adakah aku hamil tetapi period (bunting pelanduk) atau ianya memang darah period or hanya darah implentasi or tanda awal keguguran.
Aku jadi gelisah. Last-last aku buat keputusan untuk berjumpa doktor di Klinik Kesihatan.  

-2.00 petang.
Jumpa dengan doktor beritahu yang aku syak aku mengandung. 
Doc: Bila tarikh mula, last month kamu period
Aku: 8hb 3 Doc
Doc: Kenapa kamu cakap kamu mengandung. Baru lagi tidak sampai sebulan pun. Tidak boleh dipanggil mengandung.
Aku: saya sudah cuba test dirumah semalam dan pagi tadi doc ada naik line. tetapi tadi  pagi ada keluar darah warna pink cair. 
Doc: ok.pergi makmal test urine dulu. lepas tue jumpa saya balik.

Doc sangat tidak friendly. Aku rasa nak cabut balik rumah je. Tetapi aku perlukan kepastian. Ok. buat UPT di KK. 

-Keputusan UPT false positif.

Doc: Bila period sebelum 8hb March. 
Aku: 11hb Febuary Doc
Doc: saya rasa sudah 7 minggu. Nie samaada mengandung luar rahim atau nak gugur.
Aku:"rasa nk tampar je mulut doc nie..menyesal aku jumpa kau". Ok.
Doc: Awak pergi bahagian ibu dan anak. Saya call kawan saya suruh scan.
Aku:Ok.

Disana Aku scan memang tidak nampak lagi. Mesin scan pun buruk je. langsung tidak jelas monitor nye. Doc suruh aku minum sebotol air untuk scan semula. Scan kali kedua masih tidak nampak. Doc buat keputusan kes aku refer ke Pakar Hospital Serdang. 

*darah segar hanya keluar pada jumaat (1/4/2016)-Mak bagitahu memang ada orang period tapi hamil-Bunting Pelanduk..


 Gambar UPT test ikut dari CD22-CD26 (DPO 12). 
Alhamdulillah semakin pekat dan terang. Aku stop untuk buat UPT test sampai CD26 kerana sudah yakin.
 
*Aku tidak pergi pon ke Hospital Serdang sampai hari ini.(5hb April 2016) CD29. Aku buat keputusan tunggu delay period selama 2 minggu. (CD27)-normally period aku muncul.

Aku berharap si comel sihat sangat-sangat di dalam :)
*Buat kawan-kawan TTC jangan putus asa. Allah sebaik-baik perancang.
*Kawan PCOS -jaga makan, kita boleh hamil dengan izin Allah

*Insyaalllah..nanti saya update usaha-usaha yang dilakukan sebelum disahkan UPT positif. Tunggu ea. Saya doakan semua berjaya. Baby for 2016.