Wednesday 22 June 2016

Mom to be: Usaha Sebelum disahkan Hamil

Hari ini sudah masuk 18 Ramadhan 1437..Alhamdulillah today sudah 15weeks. Semoga anak sentiasa sihat sempurna baik-baik sahaja di dalam.

*Alahan yang agak teruk diawal 3 bulan pertama amat seronok untuk dikenang. Hospital rumah kedua. Terima kasih Ya Allah kurniakan nikmat alahan itu. Terasa diri sentiasa disayangi dan dihargai oleh orang-orang sekeliling. Thanks Husben for that moment. 

Antara Usaha Yang dilakukan...."Sebulan je :)"

Dari Segi Permakanan
1. Himalaya Shatavari-Makan dari dpo 1-dpo10 (satu biji sehari)-after period stop lepas dpo10
2. Asid Folic jenama Appeton-1 biji sehari
3. Susu Kambing campuran Kurma Lazz-Minum setiap pagi dan malam
4. Jus Anugerah Zuriat-ambil dari dpo 1-dpo10 (malam minum 1 sudu)-after period stop lepas dpo 10
5. Buah Kiwi-Tiap hari sebiji
6. Epal Merah-Tiap hari sebiji
7. Telur Ayam Kampung- 1biji 2hari sekali. Ambil sarapan pagi.

Dari Segi Mental&Fizikal 
1. Bersedekah-niat setiap kali sedekah Allah kurniakanlah aku zuriat :lebih-lebih lagi hari Jumaat
2. Solat Hajat n Berdoa dikurniakan zuriat
3. Solat Dhuha-sempat buat hari cuti sahaja-minta rezeki Zuriat
4. Berpuasa Isnin Khamis dengan mengharap Allah balas pahala dengan Zuriat
4. Bersukan-Joging n berbasikal..setiap petang..walapun period..Sabtu n Ahad berbasikal pagi n petang. 
5. Sentiasa berfikiran positif.. *Elak diri dari group kerja yang mengumpat, cerita-cerita TV yang sedih..coz nak aura Happy dalam diri.. :)

Alhamdulillah..Allah sebaik-baik Perancang..


No comments:

Post a Comment