Thursday 13 February 2020

Saya Kembali lagi TTC ke 2..

Assalamuaikum semua
Untuk pengetahuan semua saya kembali semula untuk TTC anak ke-2. 
Somoga Allah akan permudahkan perjalanan ini. Di tahun 2020. 

Anak pertama saya sekarang sudah 3tahun lebih. (dilahirkan pada bulan 11/2016) anak LELAKI. 
Alhamdulillah. Membesar dengan sihat, cerdik, hensem. 
Bila difikir memang satu anugerah dan amanah yang cukup berbaloi bila Allah uji semasa TTCkan dia. 

Selepas habis pantang, saya memang tidak pernah ambil apa-apa perancang. 
saya dah Suami berbincang sudah sampai masa kami usaha semula untuk anak ke 2. 
Di awal bulan 1/2019, saya mulakan dengan membeli OPK test.   
 Genap ulangtahun perkhawinan kami yg ke-6 (3/2019) saya dapat CP (Kehamilan Kimia) dicycle ke 3 berOPK, ketika itu juga suami saya kemalangan yang memerlukan saya di hospital siang dan malam (patah kaki kiri dan tulang pinggul). 
3 bulan selepas kemalangan dia sihat sepenuhnya. Kami mula TTC kembali.

Sehingga hujung 12/2019 masih belum ada berita baik kami terima dimana OPK cycle ke-8 di tahun 2019. 

Kami mengambil keputusan di bulan 1/2020 untuk mendapat rawatan kesuburan semula di Hospital. Setelah perbagai usaha dilalukan, jumpa ustaz, bidan kampung dalam masa tahun 2019. 

Doakan kami dikurnikan anak perempuan pulak lepas nie. Didoakan juga semua yang tengah berusaha, Allah permudahkan urusan kita semua. Aminn. Didoakan kita semua hamil di tahun 2020. :)




1 comment:

  1. Assalamualaikum. saya follow sini sebagai sumber inspirasi utk sama2 TTC. SEmoga Allah datangkan yang baik2 dlm hidup kita. amiinn

    ReplyDelete