Tuesday 30 June 2015

..Aku berterima kasih padaMu Ya ALLAH..

Assalamuaikum dan salam sejahtera semua..

Hari nie sudah masuk hari ke 14 Ramadhan..Semalam hari yang cukup INDAH bagi aku seorang isteri apabila semua keputusan yang tidak disangka-sangka Allah kurniakan di bulan yang cukup Mulia ini. Terima kasih Ya Allah.

Al-kisahnya semalam aku seperti biasa ada appointment dengan Pakar di Hospital untuk melihat keputusan darah D21 Progestrone yang diambil 1minggu lepas. Allahuakbar, sugguh tidak sangka apabila doktor nyatakan hormon progestoren aku NORMAL malah SEMPURNA (68.8 nmol/L) berbanding keputusan sebelum ini hanya lah (23.3 nmol/L). 

Malahan, Pakar sempat suruh aku baring untuk scan melihat samaada PCOS aku masih ada. Pakar bagitahu normal jika hormon progestrone normal, PCOS kemungkinan tidak teruk. Masih aku terbayangkan ketika dulu bagaimana penuhnya PCOS di dalam telur di rahimKU, ALLAHUAKBAR..menitis air mataku tanda kesyukuran kepada ILAHI apabila Pakar bagitahu rahimku tiada PCOS. Duduk terdiam aku dengan suami ketika itu, tidak habis-habis dimulut aku dan suami mengucapkan tanda syukur terhadap ILAHI. 

Pakar sempat menujukan kepadaku ujian darah hormon FSH, LH, Estradiol dan Prolaktin. Kesemua keputusan adalah normal. Alhamdulillah. 

Ketika aku menaip ini hanya 6 hari lagi penentu samaada aku hamil atau......Semoga di bulan mulia ini Doa semua orang terhadapKu dirahmati Allah. Aminnn.

Disebalik cerita diatas hanya satu aku hendak sampaikan disini. Mungkin selama ini aku dan suami lupa tentang perubatan secara islam.
Setahun genap kami berusaha dengan bertukar pendapat dari doktor-doktor Pakar MODEN mengunakan keadahan sains dan teknologi mengenai permasalahan kami suami isteri sehingga kami lupa tentang PERUBATAN ISLAM. Alhamdullilah, dikesempatan bulan mulia diawal bulan Ramadhan aku dan suami sempat berubat secara keadah islam ketika cuti berbuka puasa bersama keluarga di kampung. Ternyata Allah telah tunjukan bertapa hebatnya Rawatan Islam dengan penggunaan Ayat-ayat suci Al-Quran. Terima kasih Ya Allah, kerana telah membuka ruang dan peluang kepada kami berdua bertemu dengan PAKAR ilmuan perubatan islam.

Nanti aku ceritakan bagaimana, kenapa, mengapa tergerak hati kami suami isteri untuk berjumpa USTAZ bertanyakan masalah kami ini. Kesemuanyaitu datangnya daripada PETUNJUK dari ILAHI yang ESA.


No comments:

Post a Comment