Thursday 28 April 2016

Cerita Tentang Rawatan Islam

Assalamuaikum...

Seperti yang dijanjikan hari ini ada mood lak aku nak bcerita mengenai rawatan islam.
Alhmdulillah..selepas rawatan islam di Pusat Rawatan Islam Kiswah. 
aku terus membuat rawatan islam dengan seorang ustazah di Kampung Teluk Ira : Ustazah Badariah. 

Perjalanan terdetik membuat rawatan islam apabila ternampak van Pusat Rawatan Islam Kiswah di sebuah Masjid. Ketika itu dibulan puasa selepas balik solat tarawih. Balik solat terus bincang dengan Husben mengenai isu ini. Alhmdulillah, husben setuju.

Igat lagi, mengangau kami mencari di mana letak pusat rawatan. Nasib baik aku sempat salin no.phone ustaz yang tertera.

Disana kami isi borang untuk keterangan pesakit. Suami Isteri isi. Niat nak ikhtiar Zuriat. 
Rawatan dengan terapi Ruqyah Syariyyah. Alhmdulillah semua berjalan dgn lancar.

Kami tidak thenti disitu, selepas itu kami bertemu dengan Ustazah Badariah atas nasihat daripada seorang Ustzah sekolah Abah. Kami ke sana dengan ditemani oleh Ustzah Masitah.
Kami mendapatkan 2 kali rawatan dengan Ustazah Badariah. 


info: Ada yang suka dekat Myhusben. Just ikut sahaja. Tidak masuk ke badan. Ustzah sudah buang. Ada yang dengki dengan kebahagian kami. Sekat Zuriat buat kami berdua supaya kami sayangkan anak-anak dia. (*orang paling kami percaya yang sudah angap anak dia seperti anak kami sendiri) Tuhan bukakan bila aku sendiri terbaca mesej antara suami isteri tersebut. Agak tkejut menagis aku di Tandas Shoping Mall ketika itu. Allahuakbar. 

Aku masih berkawan rapat dengannya malahan telah memaafkannya. Kerana Aku yakin semua itu berlaku kerana Allah. Jika Allah tidak benarkan ianya tidak akan terjadi. Dugaan buat kami berdua. Setiap kali solat doa zuriat aku pinta serta aku juga mendoakan dia bahagia dan dibuka pintu hati untuk terus berubah. 

-Yakin dengan Janji Allah- 

No comments:

Post a Comment