Wednesday 18 March 2015

Pengalaman HSG Test

Seperti yang sedia aku ceritakan aku kena buat HSG test. Alhmdulilah HSG test telah aku lalui pada 23 Febuari 2015. Ahad malamnya aku dapat tidur dengan lena..kiranya tidak la memikirkan sangat mengenai HSG ini. Tetapi my husben pulak yang tidak boleh tidur asyik menagis je.Risaukan aku lalui untuk hari esok. Malam itu aku pun menagis juga bila tengok dia menagis. Adoi aku yang kena dia lak yang over.hehehe.

Aku sempat meminta maaf pada dia. Ooo apa yang dia risau kerana aku sudah hampir 3 minggu demam batuk selsama tidak baik-baik.Aku sudah beberapa kali ke hospital ambik darah untuk chek denggi. Dia risau aku xmampu lalui HSG test ini. Aku bagi tahu dia baik-baik insyaallah aku mampu. Doakan yang terbaik untuk aku..Kami tertido tidak tahu jam berapa.Tidur dalam dakapan tanggisan..huhuhu..kononye.. :p

Tepat jam 8.30pagi kami sampai di Hospital Serdang. Jam 9.30 aku dipanggil masuk ke bilik untuk jalani HSG. Time itu aku dah mula rasa macam-macam lebih-lebih lagi bila terlihat dalam 8 orang doktor-doktor pratikal di situ. Adoii..dihati diorang joint sekali ke nie..Mampus la aku dijadikan ujikaji. Risau, takut hendak menagis pun ada time tue.

Nurse perempuan disitu tanya aku samada aku alah ubat atau tidak. Kemudian tanya ada bersama suami atau tidak. Kemudian tanya hari terakhir haid aku. Untuk pengetahuan semua sepatutnnya HSG perlu buat pada hari ke 10. Aku tidak pasti kenapa aku kena pada hari ke 8. Memandangkan haid aku sudah kering seawal hari ke 6. Nurse pergi tanya doktor dan cakap boleh teruskan. Nurse suruh aku tukar baju semua dahulu. Aku masuk bilik persalinan dengan perasaan berbelah bagi. Bila aku siap tukar pakaian. Aku lihat tiada sudah budak-budak pratikal disitu. Alhamdulilah. Nurse bagitahu aku orang ke tiga HSG pagi ini. Dalam hati, ooo patutlah doktor-doktor pratikal semua dah tiada. Mybe baru siap jalani latihan sebentar tadi.

Aku dibawa masuk ke dalam bilik satu lagi yang aku nampak alatan-alatan HSG, tiba-tiba aku nampak dalamnya seorang nurse dan seorang doktor lelaki muda dalam lingkungan umur 38tahun. Alamak, doktor lelaki ke yang akan proses HSG aku nanti. Tiba-tiba aku dah hilang fokus. Time doktor itu perkenalkan diri aku dah dengar tidak dengar. Peluh takut aku muncul. Yang aku tahu dia suruh aku baring.

Ok. Puan baring atas katil ea kata doktor lelaki tersebut. Sila kangkang kaki Puan macam orang nak bersalin tue. Malunye Allah sahaja yang tahu, dah merah muka time tue. Ok puan saya hendak cuci bahagian vagina puan ini ea. Ist step dia cuci rasa sejuk saje. Doktor letakkan kain yang berlubang yang boleh nampak bahagian vagina sahaja. Ok puan cuba kangkang luas-luas saya hendak masukan ini. Dia tunjuk muncung itik tue (specutum). Adoii..tiada malu dah. Rasa takut yang lebih.

Masa Doktor masukkan specutum aku terasa sedikit sakit tetapi masih boleh tahan. Kemudian Doktor masukkan tiup yang panjang ke dalam. Masa itu rasa senak-senak pedih. Doktor bagitahu lubang terlalu sempit. Doktor terangkan dekat aku kemungkinan akan berlaku pendarahan. Aku diam je. Tetapi bila masa doktor hendak lepaskan belon tue aku dah start menjerit. Memang xtahan sakit giler..Rasa senak yang amat kuat. Kemudian tiba-tiba datang doktor perempuan dan seorang doktor lelaki masuk. Doktor perempuan itu cakap berapa belon dah lepaskan doktor itu bagitahu baru dua belon dia letak tiga. Doktor perempuan bagitahu ok cukup dua Pesakit dah tidak tahan. Doktor suruh aku naikkan badan ke atas untuk chek x-ray. Mesin x-ray disekitar perutku. Doktor lelaki yang baru masuk tadi ambik alih tugas untuk  masukan ubat dye. Aku dah tidak malu.Rasa sakit menebal. Aku rasa dye itu bergerak. Sakit senak tadi masih tidak hilang. Aku jadi pasrah je.

Aku boleh nampak jelas dye dan bentuk rahim aku dalam x-ray tesebut. Aku jadi macam confius bila tengok tiup folipo aku belah kanan terlalu panjang dan terlalu keatas. (Faktor rahim terbalik ke)Tiba-tiba..doktor lelaki baru tue cakap tiub dah tercabut. Doktor hanya sempat ambik gambar belah kiri tetapi tidak penuh bahagian kanan.

soooooooooooo.........

Doktor lelaki baru itu pujuk aku buat semula..waaaa..aku dah TAK NAK...tetapi aku termakan juga juga pujuk dia..PASRAH buat semula..Kali ini aku dah tidak terasa APA-APA.. Tahu-tahu dah siap masukkan belon 2 setengah..masa letupkan belon aku rasa senak kembali..Doktor lepaskan dye perlahan-lahan..suruh aku paling kiri kanan..Doktor tanya aku, Aku ada masalah apa-apa ke??? Kerana Doktor tengok belah kiri tiub aku ada problem. Aku bagitahu aku PCOS. Rasa nak menagis dah masa tue. Dalam Doktor tanya aku macam-macam aku pakai jawap je.Aku dah hilang fokus. Aku fikirkan suamiku di luar. Sayang maafkan mama.Doktor perempuan sempat lagi tanya aku aku MENGANDUNG keeee...haaa..aku mengandung ke..ehhh..aku datang bulan la..aku jadi takut...

Doktor-doktor disitu buat keputuasan hantar ke klinik apa tah untuk rujukan. Aku dah siap HSG. Sempat Doktor pesan aku akan alami pendarahan jika lebih 3 hari dan banyak sila ke wad kecemasan. Aku angguk sahaja. Aku keluar tukar pakaian dan tengok banyaknya darah atas kain. Lepas aku siap salin pakian , aku keluar dapatkan suamiku yang setia menantiku. Aku keluar Aku nak Menagis aku rasa senak yang sangat. Aku tidak mampu bergerak. Allah sahaja yang tahu bertapa sakitnya.

Aku dapat MC dah suamiku ambik timeslip..Tetapi malangnya suamiku  tidak masuk kerja pun pada hari tersebut kerana Aku sakit yang amat sangat. Aku tidak boleh duduk, tidak boleh baring..semua tidak kena.Memang sakit sangat-sangat..Aku rasa cukuplah HSG test ini. Tidak mungkin ada yang lain. Pendarahan keluar sampai 4 hari. Demamku semakin kuat demamnya. Aku jadi sakit dalam perut ketika batuk bertambah sakit selepas HSG. Aku jadi sakit dada. Aku menjadi begitu lemah.

Aku masih lagi demam ketika menulis entry ini. Aku berharap aku cepat baik. 23hb aku kena ke hospital untuk check tibi. Kemudian bulan 4 keputusan HSG dan darah akan keluar.

Aku memohon padaMu Ya Allah, jauhkanlah aku dari sebarang penyakit. Kuatkan diriku untuk terima semua ujian dariMu. Kurniakanlah aku zuriat. Amin.








5 comments:

  1. Apa keputusan hsg puan? Mcmana keadaan puan skrg? Dah berjaya hamil ker? Sebab sy baru je menjalani hsg x ray, msh ada pendarahan dan sakit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai.. Skrg masih ada pendarahan ke? Berapa hari ye pendarahan berlaku. Sy pun baru selesai buat hsg test ni.

      Delete
    2. Hai NeffosHL..keputusan hsg boleh rujuk di Keputusan HSG Test.. dlm blog saya, lepas hsg saya xberjaya ambil. tapi diberi rezeki hamil pada tahun 2016.

      Delete
  2. Hai...saya nak kongsi pengalaman buat hsg test..pada 29/09/2020.sebelum nk buat test Tu kene makan ponstan sebijik 1 jam sebelum buat test.saya mkn chocolate snickers sikit sbb nk makan ubat ponstan klu perut kosong takut pedih Hulu Hati.hsg test pukul 8 pagi buat Di hospital pakar sek7..masa nk masuk alat Tu saya Rasa takut juga menggigil kaki...dgn kedaan bilik sejuk sgt2..sakit juga la sikit je..bila masuk dye saya tak Rasa ape2 Alhamdulillah X sakit pun..doctor scan Rahim Alhamdulillah semua ok Kiri Dan kanan.keluar darah sikit.sekejap je buat hsg test dlm 5 minit settel.lepas siap memang X sakit balik rmh dlm pukul 11.30am perut terasa chram sikit X kuat Sgt blh tahan.mkn panadol actifast 1 biji lama2 hilang Rasa sakit..ptg siap pergi giant Kota kemuning Beli brg dapur tapi jln kene slow2 sbb Rasa sakit sikit bila terentak2...mlm pun Sama sakit X kuat Rasa perut mengeras je sebu2 mcm Tu.yg lawak sebelum nk buat Tu siap call hospital nk cancel oppoiment sbb takut punya pasal. baca kat Google mcm2 pengalaman sakit.saya dah Ada ank sulung 13 thn dgn 9 thn.cuma nk tambah Tu yg lama Sgt nk dapat.kita ikhtiar klu Ada lagi rezeki Alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas buat hsg,kita kena tunggu pihak hospital call ka

      Delete